Selasa, 08 Januari 2013

Sudikah Kau Menjadi Makmum disetiap Sholatku

Satu ketika kau bertanya..
Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku...
Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan dukaku agar satu hari, jika ujian itu dtg air mataku ada yg menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar..

Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan ,kau mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman..

Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa sahaja denganmu tanpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika aku menjawab…

“Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI

Tetapi, Izinkan aku bertanya kepadamu..

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU..? jika aku sudah tidak seperti dulu? Menjadi Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghiburku.??

Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu…Jika aku sudah tidak mampu lagi..

♥ menjagamu,
♥ menemanimu
♥ memerhatikanmu,
♥ mendidikmu
♥ membelamu,
♥ menggerakkanmu
♥ menjadi sahabatmu dan
♥ menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai …………………? Aku percaya...kau masih sudi....

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

Keluarga bahagia impian bersama..

Wahai calon Imamku Takkan Habis Ku Berdo'a Jadi Kekasih Halalmu...

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

Tidak ada komentar:

Posting Komentar